Iklan Tutup X

Jumat, 02 Juli 2021

Ebit Lew: Alhamdulillah dapat mulakan soup kitchen di Gaza Palestin

Ikuti kami:
Google
Ebit Lew: Alhamdulillah dapat mulakan soup kitchen di Gaza Palestin

Ebit Lew: "Alhamdulillah dapat mulakan soup kitchen di Gaza Palestin."

Kami akan masak dan bagi free untuk 200 orang. 

Akan diteruskan walau kami dah balik. 


Kami akan beri bayar secara bulanan pada tukang masak disini. 

Sedih bila tengok orang berebut-rebut. Kita dah pilih nama untuk 200 orang. Nama asnaf.


Tapi itulah ramai lagi yang memerlukan. Syukur pada Allah. 

Sedih bila tengok kemana sahaja pergi mesti dikerumun anak kecil dan remaja. 

Semua mesti seronok jer datang berbual dan menegur kita. 


Tak rasa janggal dengan mereka. Walau bahasa berbeza terasa dekat dihati. 

Terima kasih semua yang bersama dalam menjayakan dan mendoakan misi ini. 


Terima kasih DS Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra serta Kedutaan Besar Malaysia Mesir. 

Menjunjung kasih HRH Crown Prince of Johor Terima kasih semua. Pohon terus doakan insyaAllah.

Posting: Ebit Lew
Google Logo Follow
Redaksi
Redaksi
Editor / Wartawan
Wartawan dan editor berpengalaman dalam liputan berita daerah, nasional, sosial, dan politik. Aktif menyajikan informasi yang akurat, terpercaya, dan mudah dipahami pembaca.
  

Konten berbayar berikut dibuat dan disajikan Advertiser. Borneotribun.com tidak terkait dalam pembuatan konten ini.